Servis & Harga


Satu Servis. Lengkap. Sah.

visamujamalah.com hanya menawarkan satu servis utama — penyediaan Visa Mujamalah Haji untuk individu terpilih yang berhajat menunaikan Haji melalui saluran sah.

Tiada pilihan pakej mengelirukan. Tiada kos tersembunyi. Hanya urusan visa lengkap yang diurus oleh syarikat berdaftar dan berpengalaman.

Apa Yang Termasuk Dalam Servis Ini?

Penyediaan & Pemohonan Visa Mujamalah

  • Semakan kelayakan awal
  • Permohonan rasmi melalui saluran sah
  • Pemantauan status visa

Pengurusan Dokumentasi Lengkap

  • Isi borang
  • Penyediaan surat sokongan
  • Semakan & semakan semula
  • Simpanan rekod bagi tujuan undang-undang dan imigresen

Konsultasi & Khidmat Nasihat Peribadi

  • Sesi bimbingan dan taklimat pra-haji
  • Nasihat pemilihan pakej melalui platform rasmi Nusuk
  • Jawapan kepada semua persoalan berkaitan urusan visa dan perjalanan

Kursus Haji Ringkas (Wajib Hadir)

  • Kursus haji asas secara bersemuka / Zoom
  • Penekanan pada mazhab dan praktikal ibadah haji

Bantuan Pembelian Pakej Nusuk

  • Bantuan penuh ketika pembukaan pakej Nusuk
  • Pemilihan berdasarkan bajet dan keutamaan (penginapan, lokasi, kemudahan)
  • Panduan pembayaran & muat turun resit rasmi

Wakil Petugas Syarikat di Tanah Suci

  • Bantuan di lapangan semasa ketibaan
  • Rujukan segera jika berlaku isu berkaitan visa atau pengesahan
  • Bukan mutawwif, tetapi penyelia urusan rasmi di lokasi

Harga Perkhidmatan

Harga Tetap: RM60,000

Termasuk semua perkhidmatan di atas.


Harga ini termasuk semua perkara di atas — dari permohonan visa, bimbingan, dokumentasi, sehingga anda sampai ke Tanah Suci.

Harga ini tidak termasuk pakej haji melalui Nusuk. Pakej haji akan dipilih dan dibeli oleh jemaah sendiri melalui sistem rasmi selepas visa diluluskan. Kami akan bantu dari awal sampai selesai.

Jadual Bayaran & Proses

Untuk mula mohon, anda hanya perlu bayar deposit RM10,000.


Sebelum 1 November 2025, baki RM50,000 perlu dijelaskan. Nama hanya akan diproses di kedutaan selepas baki bayaran di terima.


Jika visa tidak dikeluarkan, semua bayaran akan dipulangkan sepenuhnya.

Polisi & Perlindungan Jemaah

  • Pembatalan sebelum 1 November 2025 – Deposit akan dipulangkan.
  • Pembatalan selepas 1 November 2025– Tiada pemulangan, deposit hangus.
  • Jika visa tidak lulus – Semua bayaran dipulangkan.
  • Jika tidak beli pakej Nusuk selepas visa dikeluarkan – Tiada refund.
  • Jika tidak hadir buat biometrik visa – Tiada refund.

Segala bayaran diuruskan dengan kontrak bertulis dan boleh dituntut semula jika berlaku kegagalan dari pihak kami.

Kenapa Laluan Ini Penting?

Kerana Harapan Jemaah Tidak Sepatutnya Dimusnahkan

Kami tidak sanggup lagi melihat para bakal jemaah tertipu.

Mereka datang dengan harapan, pulang dengan kesedihan.

Kami ingin pulihkan kembali maruah dan kepercayaan terhadap laluan haji bukan kuota Tabung Haji.

Kerana Kami Ada Akses Sah & Berdaftar.

Kami memiliki saluran yang sah, berurusan secara langsung dengan agensi berlesen di Arab Saudi.

Kami juga berpengalaman dalam urusan visa dan sistem pembelian pakej melalui Nusuk.

Kerana Terlalu Ramai Sudah Menjadi Mangsa

Ada yang jual tanah.

Ada yang gadai emas.

Ada yang buat pinjaman ribuan ringgit demi "pakej haji express" — tetapi ditipu tanpa belas kasihan.

Kami mahu hentikan kitaran ini.

Siapa Yang Sesuai Guna Servis Ini?

  • Individu yang ingin menunaikan haji seawal tahun ini.
  • Pasangan muda yang belum layak giliran Tabung Haji.
  • Anak-anak yang mahu bantu ibu bapa yang sudah tua menunaikan haji.
  • Usahawan atau individu mampu yang serius dan benar-benar bersedia menunaikan ibadah haji secara sah.

Siapakah Kami?

Mujamalah International Sdn Bhd ialah syarikat berdaftar (No. 1628410-P), yang sebelum ini hanya mengurus kes B2B (Business-to-Business).


Kini, kami membuka laluan kepada orang ramai melalui visamujamalah.com. Segala proses kami telus, sah dan berkontrak.

Kami bukan orang tengah misteri. Kami bukan laman web palsu. Kami bukan janji-janji manis tanpa pegangan.


Kami ada pejabat, rekod dan tanggungjawab.

Sedia Untuk Mula?

Kami tidak mampu mengubah seluruh sistem. Tapi kami mampu menyediakan satu laluan kecil yang bersih, sah dan telus — sebagai alternatif buat umat Islam yang benar-benar berhajat menunaikan haji melalui Visa Mujamalah.

Kami percaya, setiap jemputan ke Baitullah adalah dengan izin Allah. Dan kami mahu menjadi wasilah yang bersih untuk merealisasikan jemputan itu.